One
XOX Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat Bumiputera dan anak syarikat kepada
XOX Berhad yang telah beroperasi sebagai Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya
(MVNO) sejak tahun 2005. One XOX Sdn Bhd yang telah ditubuhkan pada 2014,
secara eksklusifnya membawa jenama ONEXOX bagi memasarkan produk XOX dengan
pelan perkhidmatan mudah alih yang unik dan tersendiri.
One
XOX percaya akan model perniagaan yang cekap, telus dan sedaya upaya mematuhi
tuntutan syariah untuk mempastikan kadar perkhidmatan adalah sangat berpatutan,
tiada iklan-iklan yang mengelirukan serta tiada unsur-unsur caj tersembunyi
dapat menarik minat dikalangan pelanggan-pelanggan perkhidmatan mudah alih yang
sentiasa mencari alternatif penjimatan.
Disamping
penawaran perkhidmatan yang sangat kompetitif, One XOX yang tidak mengamalkan
pengiklanan secara terbuka telah membuka peluang perniagaan telekomunikasi
'sebenar' mampu milik kepada semua individu yang berminat dengan menawarkan
insentif lumayan dan berpanjangan berkonsepkan perkongsian keuntungan syarikat.
One
XOX mengalu-alukan semua pelanggan yang dahagakan penjimatan serta
usahawan-usahawan yang sedang giat mencari peluang perniagaan untuk mencuba
perkhidmatan telus tanpa caj tersembunyi dan memanfaatkan platform perniagaan
yang ditawarkan.
VISI
Menjadi
perintis yang berjaya ke tahap global di dalam industri telekomunikasi dengan
strategi pemasaran unik yang menawarkan perkongsian keuntungan syarikat kepada
pengedar.
MISI
Menyediakan
perkhidmatan berkualiti pada kadar yang sangat berpatutan serta sedaya upaya
mematuhi tuntutan syariah di dalam perniagaan.
OBJEKTIF
•
Memberi kesedaran kepada pengguna telefon mudah alih tentang
kadar panggilan yang dikenakan melalui demonstrasi produk.
•
Memberi pilihan baru kepada pengguna telefon mudah alih untuk berjimat.
•
Membuka peluang perniagaan telekomunikasi kepada usahawan kecil.
•
Membantu menaikkan taraf hidup serta ekonomi masyarakat
setempat melalui program insentif pengedar.
•
Menyumbang kepada pertumbuhan sektor ICT yang sejajar
dengan matlamat kerajaan.
p/s: Ini adalah web persendirian oleh Dealer
sah OneXOX.